Tuesday 12 February 2013

JOM MELAWAT BANTING

Mengapa anda patut datang dan melawat Banting? Di Banting banyak tempat -tempat sejarah dan destinasi pelancongan yang mesti dilawati. Antara tempat sejarah yang mesti dilawati adalah:

PENJARA LAMA JUGRA




















Penjara Jugra atau dahulu dikenali sebagai Rumah Pasung ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Ia merupakan penjara pertama di Negeri Selangor dan dibina daripada batu granit yang amat unik. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar 1870-an semasa Jugra menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Selangor. Pada masa sekarang hanya tinggal beberapa bahagian tembok binaan yang masih kukuh dan penjara ini telah dibaikpulih dan dipelihara oleh pihak Lembaga Muzium Selangor. 


PEJABAT LAMA DAERAH JUGRA
Bangunan yang merupakan bekas Pejabat Daerah Kuala Langat terletak di lereng Bukit Jugra dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bangunan ini dibina pada tahun 1876 dan dibina daripada batu granit dan mempunyai dua tingkat. Atapnya pula adalah jenis yang sama dengan atap yang digunakan di Istana Jugra. Bangunan ini merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris. Ia juga memberi bukti dan gambaran berhubung dengan sistem pemerintahan Inggeris di Selangor. Pejabat Daerah ini telah digunakan sebagai pusat pentadbiran yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan dan perundangan negeri. Di dalam bangunan ini juga terdapat bank dan mahkamah yang bertujuan untuk mempermudahkan pengurusan. Bangunan ini perlu di pulihara supaya dapat dijadikan salah satu kawasan yang memperlihatkan kesan dan tinggalan penjajahan Inggeris khususnya di daerah Kuala Langat dan Selangor amnya.  


















Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada sekitar tahun 1886. Kawasan ini juga di kenali sebagai kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhanya, kawasan permakaman ini berpagar. Antara makam yang terdapat dalam Kompleks ini adalah Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898.

Memerintah dari tahun 1859 hingga 1898, Manakala makam-makam lain yang telah terletak dibahagian luar Kompleks antaranya adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhumah Tunku Alfah binti Almarhum Sultan Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhumah Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad dan Yang Mulia Raja Kahar. Makam Sultan Abdul Samad terletak di atas Bukit Jugra meliputi kawasan seluas 5 ekar, terdapat antara lain binaan kompleks Makam DiRaja Jugra yang mana merupakan makam Sultan Abdul Samad.
 





















Istana Bandar, Banting Selangor - Located not far from the ‘Bandar Mosque’, it can be considered as its boundary. The palace, built around the end of the 19th century (year 1899), was financed by Sultan Alaeddin Suleiman Shah himself, in coincidence with the crisis occurring in the Sultan of Selangor’s palace , being the discontentment of the Tengku Ampuan Mahrum (the Sultan’s Consort). Resembling the Middle East Islamic architecture it is known as the Palace with 40 Rooms because it comprises of 40 rooms. This double storey palace was built on a 12.96 acre of land. The middle section of the palace is a two-storey, 4 room area, consist of the bedroom, Audience Hall, Royal Guestroom and His Royal Highness’s Throne room. On the upper section facing the east is the Verandah, which is a roofless spacious area with stone gratings walls as the resting place in the afternoon and evening with a small royal feasting room. This is the palace where the late Sultan Salahuddin Abdul Aziz AlHaj was born.
In fact, during the first couple of decades in the 20th century, this palace was still used as the royal residence of the Sultan with his commoner consort, Hajah Safiah. And though, since 1903 when he was officially enthroned and resided in Klang, he always attended the Friday prayers at the Bandar Mosque. So, obviously until the completion of Ar-Rahmah Mosque in Klang (Kampung Jawa), around 1939, his highness regularly visited Bandar Temasya, held the prayers there, besides meeting his wife in Bandar palace. Only after his highness passed away in 1938 was the palace left unoccupied until now.
In short, based on this very Bandar Palace building is the single most solid evidence to show that Bandar Temasya is very well-known at least up to the first three decade of the 20th century. This is certainly fascinating. A matter that needs mentioning is the origins of the opening of Bandar Temasya by Sultan Abdul Samad actually opened the way to the glory of this place.


















Inilah puncak Bukit Jugra, Banting Selangor..rumah api pun ada di sini. Bukit Jugra denga ketinggian 400 kaki kini popular sebagai tempat berjogging dan juga untuk sukan paragliding. Anda boleh melihat pemandangan yang cantik dari puncak Bukit Jugra ini - pertembungan Sg. Langat dengan laut Selat Melaka. Puncak Bukit Jugra ini juga menarik minat photographer amatur dan professional untuk datang ke Banting Selangor.

 

















Paragliding ini adalah diilhamkan berasaskan kepada burung helang yang terbang bebas dan megah di ruang udara.

Bukit Jugra, Banting adalah merupakan lokasi paragliding yang rasmi yang juga adalah litar paragliding dunia selain di Gunung Ledang, Bukit Chendering di Terengganu, Bahau dan Bukit Sendayan di Negeri Sembilan serta beberapa di negeri-negeri lain.




 

No comments:

Post a Comment